Content text Nota Rujukan Fiqh Ibadah.pdf
1 NOTA RUJUKAN FIQH IBADAH DISUSUN OLEH: Us. Azhar bin Awang Ust. Nadia Zammil bin Md Nasir Us. Khairil Al-Hafiz bin Abdul Raman@Abdul Rahman
3 1.0 BERSUCI 1.1 Pengertian Bersuci Bersuci menurut bahasa: Bersih dan bebas daripada segala kekotoran sama ada bersih dari najis atau perkara yang mengaibkan atau sifat-sifat terkeji. Bersuci dengan air bermaksud membersihkan daripada kotor manakala bersuci daripada hadas bermaksud bebas daripada berhadas. Bersuci menurut syara': Perbuatan yang mengharuskan solat atau seumpamanya seperti berwudhu' bagi orang yang belum berwudhu', mandi kepada seseorang yang diwajibkan mandi wajib dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan tempat. Keprihatinan Islam Terhadap Kebersihan dan Bersuci i. Pertama: Perintah dan suruhan berwudhu' untuk menunaikan solat setiap hari. ii. Gesaan supaya wajib mandi pada keadaan tertentu. iii. Perintah supaya memotong kuku, membersihkan gigi dan pakaian. Rasulullah SAW bersabda: ُص ال َّشاِر ِب م ق م اِر، و م اْْلمطْف ُ يم ِ ل ْ مق ت م ِط، و ْ ْ ُف ا ِإلب ت م ن م ، و ُ اد م د ْ ِح ت ْ االس م ُن، و ا م ت : ا ْْلِ ةِ م طْر ِ الْف م ن ِ م ٌ مَخْس Maksudnya: “Lima perkara daripada ƒitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim ) Sabda Rasulullah SAW lagi: مَلة م ِ ص م ُكل ْد ن عِ اكِ م َّسو ِِبل ْ ُُتُم ْ ر م َّمِِت مْلمم مى أُ ل م ُش َّق ع ْن أم مال أم ْ لمو Maksudnya: “Sekiranya tidak membebankan umatku, aku akan memerintahkan mereka supaya bersugi setiap kali bersolat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4 1.2 Hikmah Pensyariatan Bersuci i. Pertama: Bersuci adalah tuntutan fitrah manusia Manusia secara tabi’inya cenderung kepada kebersihan dan tidak suka serta menjauhkan diri daripada kekotoran. Oleh sebab Islam adalah agama fitrah, maka secara tabi'i ia memerintahkan manusia supaya bersuci dan sentiasa menjaga kebersihan. ii. Memelihara kemuliaan individu muslim Manusia secara tabi'i cenderung kepada seseorang yang bersih dan suka duduk bersama-sama mereka. Oleh sebab itu, mereka berasa benci, memandang rendah, menjauhkan diri serta tidak mahu bersama-sama dengan individu yang pengotor. iii. Memelihara kesihatan tubuh badan Kebersihan amat penting untuk menjauhkan manusia daripada segala penyakit. Ini kerana kebanyakan penyakit yang menular di kalangan manusia adalah disebabkan kotoran. Apabila seseorang membersihkan badan, membasuh muka, tangan dan kaki beberapa kali sehari menjadikan badan sentiasa terpelihara daripada sebarang penyakit. iv. Keempat: Berdiri menghadap Allah SWT dengan keadaan suci dan bersih Semasa menunaikan solat, seseorang hamba akan berhubung dan bermunajat dengan Tuhannya. Maka selayaknya dia berada dalam keadaan suci zahir dan batin, bersih hati dan badannya, kerana Allah SWT kasih kepada orang yang bersih dan batin dengan bersuci.