PDF Google Drive Downloader v1.1


Report a problem

Content text SIRI 1 KERTAS 2 (SKEMA).pdf

4 SKEAM JAWABAN SET 1 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] PERHATIAN BAGI SOALAN 1: MORFOLOGI 1. Berikan 1 markah bagi setiap senarai kata majmuk yang betul. 2. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 3. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan. 4. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 5. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 6. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah. 7. Isi tidak jelas, berikan 1⁄2 markah. 8. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak 1⁄2 markah bagi setiap ayat. 9. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 10. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. JAWABAN CADANGAN Bangunan Sultan Abdul Samad yang mula dibina pada tahun 1894 merupakan satu daripada bangunan ikonik dan mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur yang menyimpan pelbagai sejarah negara. Bangunan yang tersergam indah dengan gaya seni bina yang unik ini menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1957. Dekad-dekad yang berlalu ditempuhi dengan penuh kesyukuran kerana bangunan ini terus dipelihara oleh warganegara yang merdeka. 1. bangunan ikonik ayat: Menara KLCC ialah bangunan ikonik di Kuala Lumpur yang menjadi pusat tarikan pelancong yang utama. 2. mercu tanda ayat: Bangunan bersejarah di negara Malaysia menjadi mercu tanda yang penting untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. 3. bandar raya ayat: Kuala Lumpur ialah bandar raya utama di Malaysia yang kaya dengan menara yang tinggi dan penduduk yang padat. 4. sejarah negara ayat: Murid-murid sedang mengkaji sejarah negara dengan merujuk buku teks dan buku rujukan yang diberikan oleh guru subjek Sejarah. 5. seni bina ayat: Rumah tradisional di Negeri Sembilan dibina dengan seni bina Minangkabau kerana rumah di sana bumbungnya tirus ke puncak. 6. warganegara ayat: Polis telah menangkap beberapa orang warganegara Myanmar yang terlibat dalam rusuhan yang berlaku di pasar besar itu.
5 PERHATIAN BAGI SOALAN 2: SINTAKSIS 1. Calon mesti menukarkan ayat aktif yang bergaris dalam petikan kepada ayat pasif. 2. Calon menukarkan ayat aktif yang tidak bergaris dalam petikan kepada ayat pasif, walaupun betul, berikan 0 markah. 3. Calon yang menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif songsang diterima. 4. Calon yang menggugurkan mana-mana perkataan dalam ayat pasif, berikan 1 markah. 5. Calon sengaja menambah perkataan seperti kata hubung, kata sendi nama dan kata bantu, berikan 1 markah. 6. Calon menggugurkan kata bantu, partikel, dan imbuhan pada bahagian lain daripada frasa kerja pasif, berikan 1 markah. 7. Calon yang membina ayat pasif yang tidak lengkap, berikan 0 markah. 8. Jika calon tidak menulis nombor ayat, semak seperti biasa. 9. Jika calon menulis jawaban dalam bentuk perenggan, semak seperti biasa. 10. Jika ada kesalahan imbuhan pada frasa kerja pasif, berikan 0 markah. 11. Jika ada kesalahan ejaan dan tanda baca, tolak 1 markah. JAWABAN CADANGAN AYAT AKTIF AYAT PASIF AYAT PASIF SONGSANG Pihak kerajaan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca. Malaysia mahu dijadikan oleh pihak kerajaan sebagai sebuah negara membaca. atau Malaysia mahu dijadikan pihak kerajaan sebagai sebuah negara membaca. Mahu dijadikan oleh pihak kerajaan sebagai sebuah negara membaca Malaysia. atau Mahu dijadikan pihak kerajaan sebagai sebuah negara membaca Malaysia. Murid mestilah rajin membaca pelbagai genre buku. Pelbagai genre buku mestilah rajin dibaca oleh murid. atau Pelbagai genre buku mestilah rajin dibaca murid. Mestilah rajin dibaca oleh murid pelbagai genre buku. atau Mestilah rajin dibaca murid pelbagai genre buku. Kita dapat menjauhi gejala sosial sekiranya amalan membaca dijadikan hobi. Gejala sosial dapat kita jauhi sekiranya amalan membaca dijadikan hobi. Sekiranya amalan membaca dijadikan hobi gejala sosial dapat kita jauhi. atau Sekiranya amalan membaca dijadikan hobi dapat kita jauhi gejala sosial. atau Dapat kita jauhi gejala sosial sekiranya amalan membaca dijadikan hobi. atau Dapat kita jauhi sekiranya amalan membaca dijadikan hobi gejala sosial.
6 PERHATIAN BAGI SOALAN 3: PENYUNTINGAN SOALAN Murid-murid haruslah meneliti semua soalan-soalan yang pernah diuji di dalam SPM dan mengaitkannya dengan tema-tema yang terdapat dalam buku teks. Dengan berbuat demikian, murid dapat mencari topik yang belum diuji sekaligus membuat persediaan yang secukup- cukupnya demi untuk menghadapi peperiksaan. Walaubagaimanapun, persediaan yang paling penting sekali untuk memperolehi skor tinggi dalam penulisan bahan rangsangan ialah disiplin penulisan yang tinggi, amalan membaca buku dan majalah ilmiah yang konsisten, serta latihan yang berterusan. Dengan persiapan yang rapi ini, saya yakin bahawa calon pemeriksaan dapat menghadapi apa jua cabaran di dalam dewan peperiksaan. KESALAHAN BAHASA JAWABAN MARKAH semua soalan-soalan semua soalan 1 markah NOTA: kesalahan bahasa dari segi kelewahan. Perkataan “semua” sudah berunsur jamak. Oleh sebab itu, “soalan” tidak perlu digandakan. di dalam SPM dalam SPM 1 markah NOTA: kesalahan kata sendi nama. PENTING: jika calon menulis “di dalam” sahaja dan jawabannya “dalam”, berikan 0 markah kerana petikan mempunyai frasa sendi yang sama “di dalam” pada ayat terakhir. sekaligus sekali gus 1 markah NOTA: kesalahan ejaan, perkataan “sekali gus” mestilah dijarakkan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 663. demi untuk demi/untuk 1 markah NOTA: kesalahan bahasa dari segi kelewahan dalam penggunaan kata sendi nama. Perkataan “demi” sudah membawa maksud tujuan, makna perkataan “untuk” yang sering digunakan dalam bentuk “demi untuk” dianggap lewah dan seharusnya digugurkan. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 277. Walaubagaimanapun Walau bagaimanapun 1 markah NOTA: kesalahan ejaan, perkataan “walau bagaimanapun” mestilah dijarakkan. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 526 untuk mendapatkan nota berkaitan dengan fungsi penanda wacana penghubung tentangan “walau bagaimanapun”. paling penting sekali paling penting/ penting sekali 1 markah NOTA: Binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh “sekali” oleh sebab binaan ter-, paling, dan sekali masing-masing membawa maksud darjah penghabisan. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 246. memperolehi memperoleh 1 markah NOTA: Bentuk yang lazim digunakan dengan apitan memper-...-i seperti memperolehi, memperbaiki, memperkuasai memperdalami, memperakui, mempersetujui, dan memperhalusi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 212. pemeriksaan peperiksaan 1 markah NOTA: kesalahan istilah. Pemeriksaan bermaksud perbuatan memeriksa dan hasil daripada peperiksaan. Peperiksaan bermaksud ujian untuk menentukan kebolehan dan kepandaian seseorang. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1186. apa apa-apa 1 markah NOTA: Perkataan “apa” ialah kata ganti nama diri tanya. Perkataan “apa-apa” ialah kata ganti nama diri tanya yang mengalami penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 103.

Related document

x
Report download errors
Report content



Download file quality is faulty:
Full name:
Email:
Comment
If you encounter an error, problem, .. or have any questions during the download process, please leave a comment below. Thank you.