PDF Google Drive Downloader v1.1


Report a problem

Content text KK Angah Sunan - Tauhid Dzauqi.pdf

WACANA ILMU – Festival Warisan Tok Pulau Manis 2.0 pada 28-29 Oktober 2022 bertempat di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu. 1 ASPEK TAUHID DZAUQI : ANALISIS DARI SYARAH HIKAM MELAYU KARYA SYAIKH ABDUL MALIK (TOK PULAU MANIS)1 Ustaz Angah Sunan Setiausaha Kerja Pertubuhan Nahdhatul Ulama’ Malaysia (NA’AM) Kitab Syarah Hikam Jawi oleh Syaikh Abdul Malik bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis (w.1736M) merupakan sebuah kitab tasawuf yang membicarakan hakikat tauhid menurut kaca mata ahli sufi melalui jalan penyucian jiwa (tazkiyyah al-nafs) untuk menghayati secara pengalaman kerohanian yang bersifat dzauqi. Kitab ini ditulis dalam huruf jawi Melayu ini sebenarnya merupakan terjemahan Hikam Ibnu ‘Atha’illah Al-Sakandari (w.1310M) yang terkenal itu kemudian disyarahkan oleh Tok Pulau Manis agar para pelajar dpaat memahami maksud setiap matan tersebut. Kitab Syarah Hikam Melayu ini amat berpengaruh di alam Nusantara Melayu. Ia telah menjadi teks rujukan pengajian tasawuf atau tauhid peringkat pertengahan di kebanyakan pondok dan madrasah. Tok Pulau Manis telah mensyarahkan Matan Hikam dengan adunan pelbagai petikan kata tokoh sufi dan syarahan Tauhid Dzauqi / Syuhudi atau Tauhid Sufi yang sinonim memberi penekanan soal mencabut ananiah (keakuan) diri, limpahan, syirik khafi serta menyentuh kepentingan penyucian jiwa agar dapat menyaksikan (syuhud) ketunggalan Allah pada Zat, Sifat, Asma, dan Afaal disebalik kewujudan alam yang fana’ ini. Katakunci: dzauqi, sufi, tauhid PENDAHULUAN Kandungan kitab Hikam Jawi Tok Pulau Manis membicarakan hakikat ketuhanan melalui jalan menyucikan jiwa berdasarkan manhaj ahli sufi. Setiap matan Arab Hikam Ibn Athaillah dihuraikan maksudnya dan inti patinya dengan ajaran-ajaran sufi yang mashur seperti Sufyan al-Thawri (w.778M), Junayd al-Baghdadi (w.910M), Abu Hasan al-Sirri (w.867M), Abu Yazid Al Bustomi (w.874M), Abu Bakar Al-Syibli (w.946M), Abu Talib Al-Makki(w.996M), Muhammad ibnu ‘Ali (w.996M). Abd al Karim Ibn Huzan Abu al-Qasim al-Qushairi (w.1072M), al-Harith al-Muhasibi (w.857M), Abu Hamid Al- Ghazali (w.1111M), Abu Abdullah Muhammad b Ali ‘Arabi al-Haitami (w.1240M), Abu al-Hasan ‘Ali bin Abdullah al-Hasani Ash-Shadzili (w.1258M), Shihab al-Din Abu al- Abbas Ibn ‘Umar al-Ansari al-Mursi (w.1287M) dan lain-lain lagi. Dalam aspek tauhid kitab ini membicarakan fahaman tauhid golongan orang arifin dan khawas al-khawwas berdasarkan manhaj ahli sufi. Doktrin tauhid sufi mendidik hati supaya sentiasa memandang kewujudan alam ini tidak terlepas daripada genggaman kekuasaan, kehendak dan ilmu Allah. Ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip yang disepakati oleh majoriti ulama kalam dan sufi Ahlul Sunnah Wal Jamaah. 1 Kertas kerja ini dibentangkan di Bicara Ilmu sempena Festival Warisan Tok Pulau. Sabtu, 29 Oktober 2022 .Jam 9.00pagi-1.00 petang. Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu.
WACANA ILMU – Festival Warisan Tok Pulau Manis 2.0 pada 28-29 Oktober 2022 bertempat di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu. 2 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kajian tekstual yang melibatkan kepada kandungan perbahasan kitab Syarah Hikam oleh Tok Pulau Manis dalam bahasa melayu. Oleh kerana secara umum tauhid itu terbahagi kepada beberapa martabat, maka kajian ini Ia lebih kepada menganalisa aspek tauhid yang dibahaskan di dalam karya ini. PERBINCANGAN Secara umumnya apabila menyebut ilmu tauhid, ia terbahagi kepada Tauhid Naẓhari (teori akal) atau Tauhid Kalam yang berpaksikan hujahan akal secara manṭiqi dan kedua adalah Tauhid Syuhūdi / Kasyfi / Dzauqi (rasa) yang berpaksikan penyaksian dengan mata hati. Tauhid syuhūdi ini menjadi pokok perbahasan tauhid di sisi ulama’ sufi dan teras dalam Syarahan Hikam Tok Pulau Manis ini. Dapatan kajian mendapati bahawa Syaikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis telah menggunakan pendekatan Tauhid Dzauqi dalam syarahan beliau dan walaupun menyentuh aspek Tauhid Dzauqi atau Syuhudi, dasar perbahasannya adalah muafakat dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan tiada Ittihad dan Hulul. Konsep tauhid ini sebenarnya wujud dan disentuh oleh ramai ulama’ sufi atau tasawuf. Jelas, tasawuf itu adalah kemuncak atau penghayatan kepada tauhid. Berkata Imam Abi Al- Barakat Syaikh Ahmad Ad-Dardir Al-Khalwati Al-Azhary (w.1786M) Rahimahullahu Ta'ālā berkata: نإ ةيانه ديحوتلا يه فوصتلا , نمو لم فوصتي لم قذي ديحوتلا "Sesungguhnya penghujung Tauhid itu ialah Tasawuf dan sesungguhnya mereka yang tidak bertasawuf tidak akan mengecapi Tauhid"2 Bahawa hati mereka melihat hakikat tauhid dengan terang dan nyata hingga membuah yakin dan nampak (syuhud) atau mencapai sampai tahap rasa. Takrif tasawuf yang mendekati makna penghayatan Tauhid Dzauqi iaitu adalah perkataan Abu Bakar Al Kattani (w.934M)– فوصتلا ءافص و ةدهاشم "Tasawuf adalah penyucian dan penyaksian"3 Pedekatan tauhid di sisi ahli sufi yang terhasil hasil manifestasi dzauq (rasa) dan syuhud (penyaksian) telah diterima sebagai salah aliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang muktabar. Telah berkata Imam Tāj al-Dīn al-Subki (m: 771H) di dalam 2 Syaikh Hasan Ridwan, Nafakhaat As-Sufiah, hal. hadapan 3 Syaikh Abdul Halim Mahmud, Qadhiyah At-Tasawuf, Dar al Maarif (2013), hal.438
WACANA ILMU – Festival Warisan Tok Pulau Manis 2.0 pada 28-29 Oktober 2022 bertempat di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu. 3 kitab Ittiḥāf al-Sādah al- Muttaqīn, maksudnya: Secara umumnya, kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah berdasarkan kajian terbahagi kepada tiga: Pertama: Ahli Hadith dan dasar akidah mereka dari dalil-dalil sam’iyyāt, aku maksudkan di sini ialah Al-Qur’ān, Sunnah dan ijmak. Kedua: Ahli naẓar dan bidang pemikiran (ahli falsafah), mereka adalah mazhab Asyā’irah dan Ḥanafiah, Syeikh Abu al-Ḥasan al-Asy’ari dan Syeikh Ḥanafiyah Abu Manṣūr al-Māturīdi. Ketiga: Ahli wijdān dan ahli kasyaf dan mereka adalah golongan ṣūfiyah. Dasar pegangan mereka adalah sama seperti ahli naẓar dan ahli hadith pada permulaan sementara pengakhiran mereka adalah kasyaf dan ilham. Pembahagian Tauhid Menurut Al-Imām Al-Ghazāli (m: 505 H)4 Menurut Al-Imām Al-Ghazāli di dalam Kitab Al-Arbā’īn fi Uṣūl al-Dīn, Tauhid ini ada inti dan kulit serta mempunyai empat tingkatan seperti buah badam yang mempunyai inti kemudian lemak yang merupakan inti kepada intinya dan kulit lapisan atas yang merupakan kulit kepada kulitnya. Pertama: Maka kulit lapisan atas (tingkatan pertama): Perkataan dengan lisan semata- mata (ada ingkar) iaitu Iman orang munafik. Kedua: Iman Iktikad dalam hati secara jazam dan ini adalah tingkatan orang awam dan tingkatan orang mutakallim (ahli kalam) kerana mereka (ahli kalam) tidak berbeza pun dengan orang awam (pada martabat iman) melainkan mereka mengetahui helah dalam menolak kekeliruan fahaman-fahaman yang bidaah (direka-reka yang menyalahi) dasar-dasar akidah. Ketiga: Iaitu bahagian inti. Iman Inkisyaf, bahawa tersingkap kepada seseorang dengan cahaya Allah Ta’āla akan hakikat tauhid dan rahsia tauhid secara hakikat (anugerah ilahi). Lantaran demikian, beliau melihat segala sesuatu yang banyak sambil mengetahui bahawa keindahan semua itu terbit daripada pelaku yang satu secara tersusun (atas tertib) seperti: Mengetahui hubungan asbab dan cara berlakunya rangkaian tersebut. Dan ikatan rangkaian yang pertama dengan yang menjadi sebab berlakunya asbab. Orang yang berada di kedudukan ini jatuh ke makam tafriqah (terpisah-pisah) kerana (masih) melihat segala perbuatan, bilangan perbuatan dan hubung kait perbuatan dengan satu pelaku. Keempat: Iaitu inti dalam inti: bahawa seseorang itu tidak melihat pada segala wujud (yang ada) melainkan satu atau dia mengetahui bahawa segala yang maujud (yang ada) itu pada hakikatnya adalah satu. Adapun melihat banyak pada segala wujud adalah terjadi pada diri mereka yang memisah-misahkan pandangannya seperti seseorang melihat insan (secara berasingan). Sebagai contoh dengan melihat bahagian kaki 4 Al-Imam Al-Ghazali, Al-Arbain fi Usul al-Din, hal.275

Related document

x
Report download errors
Report content



Download file quality is faulty:
Full name:
Email:
Comment
If you encounter an error, problem, .. or have any questions during the download process, please leave a comment below. Thank you.